1.
Bulu kening – Menurut imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening.(Petikandari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2.
Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah
An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya
hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada
mereka.(Petikandari Surah An-Nur Ayat 31.
)5. Gigi – Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka
dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
(Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan –
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari
Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda
Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) –
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikandari Surah An Nur Ayat
31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian
yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al
Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut –
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat
Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya
penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim
No.4921)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar